Peralatan dan teknik awal Feng_shui

Cakera feng shui di stesen Metro LA Chinatown.

Sejarah feng shui wujud sejak lebih 3,500 tahun dahulu[6] sebelum terciptanya kompas magnetik. Asal-usulnya berakar-umbikan ilmu astronomi.[7] Sesetengah teknik terkini dikenal pasti berasal dari zaman Neolitik China,[8] sementara yang lain diperkenalkan lebih lanjut (terutamanya Dinasti-dinasti Han, Tang, Song, dan Ming).[9]

Sejarah astronomi Feng Shui terbukti melalui perkembangan peralatan dan jurus. Menurut catatan Zhouli, perkakas Feng Shui terawal mungkin sekali berbentuk gnomon. Masyarakat Cina memerhati bintang keliling kutub untuk menentukan paksi utara selatan bagi sesebuah penempatan. Teknik ini menerangkan sebab istana dinasti Shang di Xiaotun terletak 10° ke timur dari utara wajar. Adakalanya, seperti mengikut pemerhatian Paul Wheatley,[10] mereka membelah sudut antara arah matahari terbit dan terbenam untuk mencari arah utara. Teknik ini memastikan penyebarisan tembok-tembok istana Shang lebih terperinci di Yanshi dan Zhengzhou. Upacara penggunaan peralatan feng shui memerlukan peniliknya untuk mengkaji fenomena langit semasa untuk menyesuaikan peralatan dan mengubah kedudukan mengikut peralatan.[11]

Salah sejenis peralatan terawal pernah dipakai untuk tujuan feng shui termasuk astrolab liuren atau shi, yang terdiri daripada papan dwimuka bersampang yang ditandai garis nampak astronomi. Contoh-contoh terawal astrolab liuren telah digali keluar dari makam yang bertarikh antara 278 BCE dan 209 BCE. Di samping penilikan bagi Da Liu Ren[12], papan-papan ini sering digunakan untuk mencartakan pergerakan Taiyi melalui sembilan istana.[13] Penandaan pada liuren/shi dan kompas magnetik terawal amat seiras.[14]

Kompas magnetik dicipta untuk Feng Shui[15] dan masih dipakai kini. Peralatan Feng Shui tradisional terdiri daripada Luopan atau camca arah selatan (zhinan zhen), tetapi kompas biasa juga boleh dipakai. Pembaris Feng Shui juga digunakan.